Skip to main content
Back

Tingkatkan masa depan anak anda

Wujudkan pelan hari ini untuk membiayai pendidikan anak anda supaya mereka tidak ketinggalan di masa hadapan.

Bila sepatutnya anda mula merancang?

Ketahui lebih lanjut

Belajar di mana? Di dalam atau di luar negara

Ketahui lebih lanjut

Kalkulator matlamat pelaburan

Kira sekarang

Peneroka pendapatan bulanan

Kira sekarang

Bagaimana anda boleh mencapai matlamat anda?

Ketahui lebih lanjut

Penyelesaian pendapatan kami

Dapatkan di sini

Bilakah anda perlu mula merancang?

Ia amat penting untuk memulakan pelan pelaburan sekarang, atau sebaik sahaja anda menjadi ibu bapa.



1.

Anda tidak mempunyai banyak masa untuk bersiap sedia (paling lama ialah 18 tahun) berbanding matlamat kewangan lain seperti persaraan.

2.

Anda mungkin inginkan keluarga yang lebih besar, jadi anda harus mengambil kira perbelanjaan mendidik lebih daripada seorang anak.

3.

Kos universiti semakin meningkat1, jadi amat penting anda mampu membayar yuran pengajian.


Yuran pengajian – ia bukan murah
2

Country

Annual tuition fees

Malaysia local public universities

RM 6,100 – 100,044

Malaysia local private universities

RM 11,539 – 134,879

Australia

RM 82,968 – 173,849

United Kingdom

RM 101,311 – 303,835

US

RM 209,900 – 231,125

Negara

Yuran pengajian tahunan

Universiti awam tempatan Malaysia

 MYR 2,080 - 4,620

Universiti swasta tempatan Malaysia

 MYR 11,250 - 80,000

Australia

 MYR 82,968 - 173,849

United Kingdom

 MYR 101,311 - 303,835

Amerika Syarikat

 MYR 209,900 - 231,125

 

 

Belajar di mana? Di dalam atau di luar negara

Lokasi tempat pengajian akan menentukan jumlah wang yang anda perlu simpan.

Jumlah kos ini terdiri daripada dua komponen

totalcost

Yuran pengajian

Kos sara hidup

Mengira kos pengajian

  • Melanjutkan pelajaran ke universiti awam atau swasta di Malaysia biasanya lebih murah berbanding di luar negara.
  • Institusi luar negara biasanya mengenakan yuran pengajian yang lebih tinggi kepada pelajar antarabangsa berbanding pelajar tempatan.
  • Yuran juga bergantung kepada jenis ijazah yang dipilih oleh anak anda, contohnya, ijazah sarjana atau PhD.

 

Destinasi pendidikan paling popular untuk pelajar Malaysia3

 

 Negara

 Bilangan pelajar

 United Kingdom

 16,350

 Australia

 15,113

 Amerika Syarikat

 8,469

 Mesir

 4,556

 Jepun

 2,439

 Rusia

 1,838

 Indonesia

 1,745

 New Zealand

 1,730

 Ireland

 1,397

 India

 1,235

 Jumlah pelajar Malaysia yang menuntut di luar negara

 63,253

Kos sara hidup – Lokasi memainkan peranan penting

Senario 1 – Belajar di dalam negara:

scenario1

Senario 2 - Belajar di luar negara:

Bagaimana untuk mencapai matlamat anda?



Tip dari penasihat kami:





Tip dari penasihat kami:

 

1. Mempunyai sasaran yang tinggi

1. Mempunyai sasaran yang tinggi

  • Anda perlu membuat belanjawan untuk kos pendidikan paling tinggi yang anda mampu.
  • Apabila anda mempunyai lebih simpanan wang, anda mempunyai penampan kewangan yang akan melindungi anda daripada faktor-faktor yang tidak diketahui, seperti turun naik mata wang dan kesan inflasi ke atas yuran pengajian serta kos sara hidup.
  • Apabila sasaran anda tinggi, anda mempunyai lebih kebebasan untuk memilih lokasi dan jenis universiti yang akan dihadiri oleh anak anda.
  •  

     

2. Bersedia untuk perubahan secara tiba-tiba

2. Bersedia untuk perubahan secara tiba-tiba

  • Dasar kerajaan dan syarat kemasukan ke universiti untuk pelajar antarabangsa boleh diubah pada bila-bila masa, jadi bersedia untuk menilai semula pelan pelaburan anda.
  • Anda mungkin perlu memilih universiti lain di lokasi baru yang mempunyai kos yang berbeza. Bersiap sedia dengan sekurang-kurangnya dua pilihan.
  •  

     

3. Ambil pendekatan secara berperingkat

3. Ambil pendekatan secara berperingkat

  • Apabila anak anda masih seorang bayi, anda mempunyai 18 tahun untuk membina dana pendidikan universiti. Walau bagaimanapun, jika anak anda sudah berada di sekolah rendah atau anda ingin menghantar beliau ke sekolah menengah di luar negara, maka tempoh masa anda adalah lebih pendek. Walau apa pun, dalam bahagian pertama pelan pelaburan ini, anda dinasihatkan untuk melabur dalam kelas aset yang bertujuan untuk memberikan peningkatan modal, seperti ekuiti.
  • Pada peringkat lebih lewat pelan pelaburan, iaitu apabila anak anda anda bakal memasuki universiti dalam beberapa tahun, adalah lebih baik untuk memperuntukkan lebih banyak wang kepada kelas aset dengan ketidaktentuan yang lebih rendah, seperti bon atau dana pelbagai aset dengan ciri-ciri pengedaran pendapatan.

 

Dapatkan nasihat seorang profesional dan sentiasa kaji semula rancangan anda. Ia idea yang baik untuk membincangkan matlamat kewangan anda dengan seorang penasihat kewangan.

 

Capai matlamat kewangan anda dengan penyelesaian pendapatan inovatif kami

 

 

 

Our income solutions aiming to deliver recurrent income

 

 

 

Our advisor’s tips:

 

 

 

Our advisor’s tips:

Asia Pacific REITs

A focused portfolio of income-generating

properties

 

Global multi asset diversified income

A strategy aims for income returns, capital growth and managed volatility

chart

Pendapatan terpelbagai berbilang aset global

Strategi yang mensasarkan pulangan pendapatan, pertumbuhan modal, dan ketidaktentuan yang terurus

Pendapatan REIT Shariah global

Mempelbagaikan dengan REIT global Islam untuk potensi pendapatan dan pertumbuhan

REIT Asia Pasifik

Pulangan berpotensi daripada dua sumber utama: peningkatan modal dan pendapatan dividen

Pendapatan tetap Asia

Ketahui mengapa Asia adalah pasaran yang bermanfaat untuk peruntukan aset strategik khususnya

Pendapatan SGD

Tangkap peluang pelaburan asia dari segi SGD

Pendapatan terpelbagai
berbilang aset global

Strategi yang mensasarkan pulangan pendapatan, pertumbuhan modal, dan ketidaktentuan yang terurus

 

Pendapatan REIT
Shariah global

Mempelbagaikan dengan REIT global Islam untuk potensi pendapatan dan pertumbuhan

 

REIT Asia Pasifik

 

Pulangan berpotensi daripada dua sumber utama: peningkatan modal dan pendapatan dividen

 

 

Pendapatan tetap Asia

Ketahui mengapa Asia adalah pasaran yang bermanfaat untuk peruntukan aset strategik khususnya

 

Pendapatan SGD

Tangkap peluang pelaburan asia dari segi SGD

 

1 Malaysia: Datuk Mohd Ghazali Abas, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia, menyatakan bahawa perbelanjaan hidup pelajar dan yuran pengajian meningkat 10% setiap tahun. Sumber: Malay Mail, 12 September 2019; UK: Pada bulan Jun 2019, University of Oxford merancang untuk menaikkan yuran pengajian yang dikenakan kepada pelajar antarabangsa sebanyak 10.2% untuk tahun akademik 2018/2019. Sumber: Pelajar Oxford, 1 Jun 2019; AS: Kajian tahun 2019 menunjukkan bahawa sepanjang dekad yang lalu, jumlah kos pendidikan lanjutan di AS telah meningkat sebanyak 25.3% di kolej swasta dan 29.8% di kolej awam. Sumber: CNBC, 13 Disember 2019; Australia: Yuran pengajian untuk pelajar antarabangsa di Australia telah meningkat dari AUD26,258 pada tahun 2015 menjadi AUD30,840 pada tahun 2018 - kenaikan 17.5%. Sumber: Syarikat perunding Studymove, Tinjauan Yuran Pengajian Antarabangsa 2018`

2 Laman web universiti awam tempatan Malaysia – Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, dan Universiti Sains Malaysia, seperti pada 29 Mei 2020. Yuran pengajian pada julat lebih rendah merujuk kepada Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian (Sukan dan Rekreasi), Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian (Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL)), dan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian (Pendidikan Khas). Yuran pengajian pada julat tinggi merujuk kepada Ijazah Pergigian. 
Laman web universiti swasta Malaysia-Management and Science University, HELP University, dan Taylor's University, seperti pada 29 Mei 2020. Yuran pengajian pada julat lebih rendah merujuk kepada Sarjana Muda dalam Perakaunan (Kepujian), Sarjana Muda dalam Kejuruteraan Komputer (Kepujian), dan Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Elektrik dan Elektronik) (Kepujian). Yuran pengajian pada julat lebih tinggi merujuk kepada Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan. Dalam sesetengah kes, maklumat yuran pengajian yang dipaparkan meliputi satu semester atau keseluruhan tempoh kursus. Yuran pengajian tahunan dikira dengan menggandakan kos untuk satu semester, atau membahagikan keseluruhan yuran kursus dengan tempoh kursus tersebut (dalam tahun). 
Laman web universiti luar negara-Australia: University of Melbourne, Australian National University, dan University of Sydney; United Kingdom University of Oxford, University of Cambridge, dan University College London; AS: California Institute of Technology, University of Stanford, dan Massachusetts Institute of Technology. Data luar negara seperti pada Februari 2020. Untuk institusi Australia dan United Kingdom, kursus seni, seperti Bahasa Inggeris, falsafah, dan sejarah, yuran pengajian yang dikenakan berada pada skala yang lebih rendah, manakala perubatan, pergigian, dan Sains veterinar dikenakan yuran pengajian yang tertinggi. Di Amerika Syarikat, Massachusetts Institute of Technology mengenakan yuran pengajian pada skala yang lebih rendah, sementara California Institute of Technology mengenakan yuran pada skala yang lebih tinggi.
Yuran pengajian luar negara adalah berdasarkan universiti-universiti berkedudukan tinggi di negara-negara berkenaan seperti yang diterbitkan oleh Times Higher Education pada bulan November 2019, dan telah ditukar ke ringgit Malaysia dengan menggunakan kadar pertukaran pada 9 Mac 2020. Yuran pengajian adalah berbeza bergantung pada program pendidikan yang dipilih. Nombor-nombor ini adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja.

3 Sumber: Aliran Global Pelajar Peringkat Tinggi, Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), 2017

Confirm